Wednesday, January 4, 2012

Hikayat Megat Panji Alam, Jatuhnya Rumpun Kerana Ego

Al-kisah pada masa dahulu, Melayu yang kita kenali pada zaman dahulu bukanlah Melayu yang kita kenali sekarang. Melayu pada zaman dahulu bukan hanya ada di atas satu tanah air, tetapi di merata dunia. Ada yang di Sumatera dan ada juga yang di Australia. Tetapi setiap hikayat pasti ada permulaan dan kemundurannya.

Raja yang telah memerintah segala rumpun Melayu selama 20 tahun kekuasaannya adalah Sultan Megat Panji Alam, atau semasa waktu kecilnya dikenali sebagai Syahsir di kalangan sahabat-sahabatnya.

Syahsir adalah manusia yang sama seperti manusia biasa. Orang makan nasi goreng, dia juga makan nasi goreng. Orang minum air teh o' bang, dia juga minum teh o' bang. Orang lain dah lama main Warcraft, dia baru berjinak dengan Warcraft. Hidupnya juga dikalangan manusia biasa. Tiada siapa sangka sewaktu kakinya yang melangkah suatu kerajaan dikenal sebagai Universiti Teknologi Mara, saat itulah ceritera bermula.

Semasa umur meningkat tua, Syahsir dan rakannya turut serta di dalam pertarungan diantara Pelajar Sekolah dan Sijil Perperiksaan Malaysia. Dengan kejayaannya mempertahankan dirinya daripada anasir Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan banyak lagi askar musuh, Syahsir diterima kependudukannya di dalam kerajaan Universiti Teknologi Mara. Dan dia diterima sebagai anak kapal yang diberi nama IM 225 di persisiran pantai Teknologi Maklumat.

Di kesemua hikayat dan ceritera-ceritera Melayu, pasti ada kisah cinta yang berlaku. Dan jika ingin tahu tentang kisah cintanya, sila tanya dia sendiri. Tukang lapur ini sudah tidak mahu bising tentang hidup roman orang lain lagi.

Semasa bersama armada perang yang terhandal, kehebatan Syahsir telah diperlihat. Beliau senang diperangkat sebagai ketua dikalangan kapal kecil D1IM2251A. Ketua yang disanjung ramai.

Ceritera ini bermula sewaktu kapal IM 225 diperintahkan ke kerajaan asing yang bernama Kuala Lumpur. Hanya sebagai anak kapal biasa yang periang (kerana ketua pada waktu itu adalah Mu-Barak-Betto), beliau sudah lihat tentang ancaman dari dalam yang dipanggil Berkeley. Berkeley ini adalah satu kumpulan lanun yang ingin merobek dan mengancam kesejahteraan Kuala Lumpur dari dalam.

Dengan betapa susah payahnya beliau pergi berjumpa presiden Kuala Lumpur pada masa itu, Ferhad Naruto. Presiden Ferhad dengan berlagaknya memalukan beliau di hadapan khalayak ramai dan tidak mempercayai kata-kata Syahsir itu. Bukan itu sahaja, malah sarjan-sarjan UiTM, Miza Farouk Pakis-Melayulah dan Azmi Library Skills juga sukar mempercayainya (tapi tidaklah seteruk Naruto).

Tetapi itu tidak mematahkan semangat beliau. Beliau dan dua orang sahabat baiknya, Boneka Diraja Rifa dan Yang Takdelah Busuk Sangat Shraffe Naqiuddin pergi ke gunung yang amat digeruni ramai, Gunung Honda.com bagi mendapatkan senjata yang teramatlah hebat sekali dinamakan Keris PES 2011. Itu sahaja yang mereka tahu yang boleh mengalahkan kekebalan George W. Bushuk, ketua lanun Berkeley.

Untuk mendapatkan senjata itu bukanlah senang. Segala cabaran perlu ditempuhi. Serangan puak gasar, Doll-Ah The Hero of Guitar dan juga kesaktian Genjiak The Malayan Boxer terpaksa dilalui dengan amat payahnya, namun dapat ditempuhi dengan kebijaksanaan yang ada pada Syahsir, dan juga kerjasama yang diberikan oleh Rifa dan Shraffe.

Di Gunung Honda.com, senjata lagenda Keris PES 2011 dijaga rapi oleh makhluk buas Honda Civic Type-R, namun dapat dijinakkan setelah makhluk tersebut kalah di dalam perlawanan O Som. Itupun terima kasih kepada Shraffe yang telah mengorbankan dirinya supaya Syahsir dapat memiliki Keris PES 2011 tersebut.

Syahsir dan Rifa kembali ke Kuala Lumpur hanya untuk menerima khabar berita bahawa Berkeley telah berjaya menawan Kuala Lumpur, dan sekarang tempat itu dipanggil Union Jack.

Mengumpul segala rumpun Melayu di seluruh pelusuk dunia, Syahsir mengetuai pasukannya bagi menentang Berkeley. Dengan menggunakan hikmat terkuatnya, Hikmat Comparison Between Honda and Berkeley Websites, kekuatan sakti Bushuk berjaya ditewaskan.

Dengan itu Syahsir diangkat sebagai raja kepada segala rumpun Melayu, dan dicatat di dalam sejarah sebagai Sultan Megat Panji Alam. Baginda mentadbir rumpun Melayu dengan adil dan saksama selama bertahun-tahun, itupun dengan pertolongan pembantu-pembantu besar, Syasrul The Calm, Pok Ang Yang Teramat Farhan, Boneka Diraja Rifa, The Don't-Play-Any-Suggestive-Sound-If-You-Don't-Want-Him-To-Make-It-Worse Hanififi, Monkey D. Lutfi, The Best Ismi Ever, Yang Buang-Air-Lama-Sangat-Sampai-Hampir-Tertinggal-Bas Fariak (atau dulu dikenali sebagai Mekanik Marshal Fariak), Pembeasr Long Nizart The JAT dan satu-satunya pembesar wanita dan juga pembesar wanita pertama di dalam sejarah, Prez Of Vice Osyim.

DIsebabkan beliau jadi teramat kaya, teramat terkenal mengalahkan Syaheizy Sam dan Aaron Aziz, dan teramat kacak mengalahkan sesiapa yang perasan kacak, termasuk yang membaca hikayat ini sehingga perenggan ini, ramai puteri dan permaisuir ingin menjadikannya raja berhari-hari, tetapi beliau cuma terima empat hari. (Dey, gila ke mau berhari-hari jadi raja, kering kontangla dia nanti)

Tetapi, kekuasaan itu tidak tahan lama. Rumpun Melayu yang amat digeruni ramai, terutama sekali Ketua Assassin's Creed Ezio Auditore de Firenze dari Italy, Maharani Gongsi Faxai dari China Straight-Jangan-Belok-Belok, Penghuluwati Ombak Rindu Alam Maya Karin dan Kim Jong-Ok dari Korea Barat, akhirnya mengalami kemunduran juga.

Disebabkan bini sampai empat, equals to anak begitu ramai, maka mahkota yang ingin diturunkan tidak tahu kepada siapa, terpaksalah diberi kepada pemenang Pertandingan Memasak Babas bersama Chef Ismail. Pemenangnya adalah Prince Addy Barak, anak di bahagian Amerika Utara (pelik, muka dia macam orang Yahudi je? Banyak dosa kot?).

Addy Barak adalah jejaka yang amat sombong dan suka menggoda mana-mana gadis, terutama sekali seorang wanita yang memiliki reban buah yang paling besar di seluruh dunia, Katherine Al-Harry Potter. Tiada siapa sangka dia itu adalah bomoh yang pandai guna ubat guna-guna. Tapi semua orang tahu yang Addy Barak itu memang kena ubat guna-guna, sebab dia sudah berhenti menggoda gadis-gadis sunti atau janda berhias sejak bertemu Katherine.

Bila orang tegur Addy Barak tentang perbuatannya itu, bukan main sombong lagi membantah cakap orang. Motto hidupnya, "Yang Tua, Kubur Dah Dekat. Yang Muda Kalau Perempuan Kita Goda, Kalau Lelaki Kita Tipu Dia Dengan Belanja Dia Makan Di Nyior Cafe Pastu Lari Sebelum Bayar." Disebabkan egonya itu, hingga bapanya, Sultan Megat Panji Alam menangis teresak-esak.

Walaupun tua, Fira ingin juga berjasa kali terakhir kepada Sultan Megat Panji Alam. Dengan bakat James Bondnya yang terpendam lama akibat spotlight semuanya bagi dekat Syahsir dulu, dan juga pertolongan hikmat "twist ending" yang diperturunkan kepada beliau oleh M Night Syamalan, beliau dapat membongkar rahsia Katherine bahawa gadis itu adalah anak Bushuk, dan ingin membalas dendam diatas kekalahan Bushuk dan lanun Berkeley (nampak sangat dia tak baca sejarah. Bushuk mati sebab terendam di dalam air dipenuhi dengan Shokubutsu dan Rejoice).

Tetapi, Fira mati sebelum sempat mengkhabarkan berita tersebut kepada Syahsir. Well, at least depa sempat bagitau sama Maharaja Jepun.

Siapa Maharaja Jepun itu? Tentulah dia Shraffe Naqiuddin, lelaki yang mempertaruhkan nyawanya demi Syahsir dahulu kala. Dia sebenarnya terdampar di Jepun dan hidup disana bertahun-tahun. Tak payah ceritalah bagaimana dia menjadi Maharaja Jepun dan juga dapat banyak isteri (tak payah tanya siapa isteri-isteri dia), 10 kali ganda lagi banyak daripada Syahsir (dengar kata dia ingin memperisterikan Osyim, tetapi dia terbagitahu identiti sebenarnya, menyebabkan Osyim tolak pinangan dia. Tapi ada orang kata Osyim mengandung anak dia, tetapi tiada siapa dapat mengesahkan jawapannya kerana dayangnya, Mek Lah sentiasa memastikan rahsia anak angkat Osyim selamat. Jawapan mungkin boleh diketahui jikalau bertanya kepada Pertapa Information Professionals Rashid, tetapi ramai orang mati meninggalkan belang, manakala harimau mati meninggalkan nama...eh, terbalik pulak).

Shraffe ingin memberitahu Syahsir, tetapi begitu ramai yang tidak suka pada dia, kerana dia dahulu mewartakan kepada semua bahawa dia hanya suka gadis Jepun dan Korea, dan juga suatu hari itu dia cuba menyelamatkan Hang Tuah yang tersangkut di dalam perigi penuh dengan bunga tahi ayam dan tahi ayam sebenar. Kerana itu, perjalanan menjadi sukar.

Apabila Shraffe sampai akhirnya kepada Syahsir, semuanya telah terlambat. Katherine dan Addy telah mempengaruhi begitu ramai penduduk, dan mereka mula memberontak, menyahut "Malayan Malaya". Agak pelik kerana semua penduduk di situ adalah rumpun Melayu.

Setelah berkali-kali desakan, akhirnya Sultan Megat Panji Alam dengan berat hatinya setuju kepada cadangan Shraffe untuk memecahkan rumpun Melayu kepada beberapa negara yang berasingan bagi mengelakkan pertumpahan Milo Bang.

Perang 10 Hari 1 Malam berlaku (kerana cuma satu malam mereka bersemangat berperang, malam lain mereka nyenyak tidur dibaui bayu). Jepun berjaya memenangi perang tersebut dan rumpun Melayu berjaya dipisahkan seperti memotong kek hari jadi Farhan pada bulan 11 lepas.

Addy dan Katherine ditangkap dan dimasukkan ke dalam Sehati Berdansa supaya mereka mati semasa menari. Malangnya mereka menang tempat pertama. So, Maharaja Shraffe membuat keputusan menghantar mereka ke Maharaja Lawak. Nasib baik, mereka tidak pandai berlawak, maka matilah mereka dibaling botol plastik yang pernah membunuh Justin Bieber yang sedang menyanyi "Oh, Babi, Babi, Babi, Oh~

Anak-anak Syahsir yang lain dah besar, dah kahwin, dapt anak dan hidup aman damai.

Pembesar-pembesar Melayu ada yang dikatakan mati di dalam peperangan tersebut. Tiada sesiapa tahu bagaimana mereka mati. Ada orang kata mereka mati semasa ingin menghantar assignment IMC 406 kepada Azmi Library Skills. Tapi yang pasti Fariak mati ketika buang air di dalam tandas lama sangat sehinggakan beliau betul-betul tertinggal bas. Khabar angin yang paling popular ialah kematian Nizart disebabkan meminta cerita blue screen secara free di belakang Chow Kit Road. Dan pembunuhnya dikatakan pondan yang telah bertukar jantina sebanyak seratus kali disebabkan kecelaruan jantina.

Maharaja Jepun Shraffe Naqiuddin? Beliau sedang bernyanyi di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai jenis lagu beliau boleh nyanyi. Rock? Pop? Nasyid? Balada? J-Pop? K-pop? Boleh aja. Sekarang beliau sedang dalam proses mengeluarkan album terbarunya yang merangkumi beberapa lagu Melayu, lima lagu Korea dan enam lagu Jepun. Juga satu lagu Arab. Nak dengar? Mintaklah dia nyanyi nanti. Suaranya merdu tak ingat syurga dan neraka.

Sultan Megat Panji Alam? Ada orang kata beliau bersemayam di tanah airnya. Ada juga orang kata beliau duduk sebentar di Kota Machang selama tiga tahun berturut-turut barulah bersemayam di tanah airnya. Kalau nak tau, gilah tanya Pertapa Information Professionals Rashid!

Begitulah hikayat bagaimana seorang penduduk biasa berjaya menyatukan begitu ramai puak tetapi berpecah kerana ego darah dagingnya sendiri. Itulah yang dimaksudkan dengan pepatah zaman dulu yang berkata "Bapak mungkin borek, tetapi anak tak semestinya rintik." (Eh, betul ke ni?)

P/S: Aku buat citer nie pkai name je. X yah emosional sangat. Macam orang bodoh je nak jadikan benda2 nie benda sebesar kes Anwar Ibrahim. X suka xyah bace...

No comments:

Post a Comment