Friday, February 24, 2012
Keputusan Exam Average Bukanlah Pemakan Hidup
Memandangkan semua tengah ada yang gembira, sedih, masuk wad sakit jiwa, masuk kubur sebab dapat keputusan peperiksaan bagi semester-semester yang lepas, lantas benda nie Syer nak jadikan tajuk.
Syer pun dapat keputusan peperiksaan jugak untuk semester 1 bagi degree. Dapat lebih kurang 2.88. Tidaklah sehebat mana pun.
Tetapi bagi ramai orang termasuk ibu bapa, keputusan bawah 3.00 bermaksud neraka. Walaupun baru semester 1. Of course, nak jadik pelajar cemerlang habis belajar nanti dah kira tak boleh dapat lah. Tapi ini bukan satu masalah besar.
Memanglah sebelum ini Syer malas belajar masuk bilik. Main je tau. Syer tak tumpukan sangat perhatian waktu dalam kelas dulu. Tapi perlulah faham falsafah hidup Syer.
Bagi Syer, pointer bukan segala-galanya. Semua orang tahu benda ini. So, Syer taknaklah sakitkan kepala Syer sendiri setiap kali result yang Syer dapat kurang memberansangkan. Hidup masih perlu diteruskan.
Bagi Syer, ilmu lebih elok kalau Syer aplikasi sendiri bende tu. Tapi Syer budak Teknologi Informasi. Periksa mesti bab teori. Sebab tu Syer tak dapat bagus sangat. Kalau setakat baca buku, kerja nanti boleh buat ke? Terjamin ke hidup kalau pointer tinggi-tinggi?
Syer taknak serabutkan kepala Syer dengan benda-benda dunia ni. Syer sendiri macam orang lain juga, nak berjaya, hidup senang, macam-macam lagi. Tapi macam yang Syer cakap, teori-teori bukan hidup Syer.
Cubalah mak bapak fikir dahulu, masa hadapan kita ke yang tentukan? Tidak. Masa hadapan kita dah jelas. Kita sahaja yang tidak tahu.
"Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan mereka merubah nasib mereka sendiri."
Secara jujur, berapa ramai orang yang faham maksud ayat ni? Kalau korang jawab, "Maksudnya kita sendiri kena buat sesuatu tentang hidup kita kalau hendak Allah beri kita hidup yang kita inginkan," jawapan dia salah.
Masa hadapan memang sudah tercatit. Dan masa hadapan itu membawa kita ke penentuan kedudukan ke Heaven or Hell. Nabi Muhammad dah tau siapa yang ke Hell siapa ke Heaven waktu Israk Mi'raj. Allah sendiri Maha Mengetahui segala-galanya, bermaksud dia tahu masa hadapan kita macam mana. Maksudnya, masa hadapan kita memang dah tersedia. Kita sahaja yang tidak tahu masa hadapan sendiri. Berjaya ke? Gagal ke?
Okay, dah jauh dah...
Pendek cerita, banyak benda yang boleh sebabkan kita berjaya. Usaha. Tawakal. Tenang. Positif. Kejayaan akan tetap bersama dengan semua manusia.
Dapat 2.88 pun, Syer peduli apa? Baru semester 1. Ada lagi 5 semester. Tak kira lagi tahun amali nanti. Tidak perlu memperbesarkan lagi hal sebegini. Pelajar perlu tenang sekarang sebab waktu kerja nantilah baru kerja mula stress.
So, mak bapak semua, shut up. Jangan bising pasal anak-anak yang dapat result tak bagus sangat. Pasal disebalik kegagalan atau ke-average-an result periksa itu, bermakna peratus untuk dapat kejayaan besar sebelum tua semakin tinggi. Setiap orang ada waktu best dia, ada waktu tak best dia kan? Dan bila dah dapat kejayaan tu, orang kisah lagi ke berapa kali kita gagal?
Serius, berapa ramai orang tanya Dato' M berapa kali dia gagal dalam hidup dia? Tiada kan?
Enjoy your life while you can while doing what are you supposed to do.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment